Air zamzam disediakan semula di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

October 12, 2021 · Dunia

Jabatan Tertinggi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menyediakan semula lebih 155 tangki marmar yang mengalirkan air zamzam selain meletakkan semula 20,000 tong air zamzam bergerak di seluruh Masjidil Haram, Mekah bermula Isnin ini.

Penolong Pengarah Urusan Teknikal dan Perkhidmatan Hal Ehwa Masjidil Haram, Mohammed bin Musleh Al-Jabiri memaklumkan mengenai penyediaan air zamzam di masjid itu menerusi ciapan di akaun Twitternya.

Menurut jabatan itu, kebiasaannya 20,000 tong air zamzam yang disediakan di Masjidil Haram mampu menampung purata penggunaan mencecah hampir 1,633,030 meter padu air sehari.

Pertengahan bulan lalu, penyediaan tambahan semula 600 tong dengan kapasiti keseluruhan 30,000 tan air zamzam di kedua-dua masjid itu sudah pun dimulakan.

Sebelum ini, operasi penyediaan air zamzam terpaksa dihentikan seketika berikutan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan jemaah haji dan umrah di kedua-dua masjid itu dan digantikan dengan penggunaan robot pintar untuk mengedarkan air zamzam tanpa membabitkan sebarang sentuhan.

Namun begitu, peningkatan kadar vaksin dalam kalangan warga tempatan dan asing di Arab Saudi selain kerjasama yang ditunjukkan oleh pengunjung Masjidil Haram dalam mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 membolehkan penyediaan air zamzam disambung semula.

Sementara itu, berkuat kuasa 10 Oktober lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi turut meluluskan pemberian visa umrah dan permit solat di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kepada individu lengkap divaksin Covid-19.

Walaubagaimanapun, individu yang disahkan mendapat pengecualian pengambilan vaksin dan berdaftar dengan aplikasi ‘Tawakkalna’, akan dibenarkan melawat kedua-dua masjid berkenaan.

“Bagi mereka yang membuat tempahan dan mempunyai permit untuk menunaikan umrah atau ingin melawat kedua-dua masjid itu tetapi belum lengkap divaksin perlu mendapatkan suntikan dos kedua dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh ditetapkan dalam permit untuk mengelakkan pembatalan,” jelas kementerian tersebut.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
17 jam lalu· Dunia
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
10 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
13 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
17 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
17 jam lalu · Dunia
Kebakaran hutan di barat laut Sepanyol musnahkan lebih 4,000 hektar kawasan
August 8, 2022 · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok