Ahli politik Kashmir ditahan India ditelanjang, digantung terbalik: Pakar PBB

June 3, 2021 · Dunia

Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan keprihatinan mereka terhadap ‘penindasan dan pola pelanggaran hak asasi’ yang dilakukan secara sistematik dan lebih meluas di wilayah Kashmir yang ditadbir India.

Sehubungan itu, mereka menggesa pemerintah India untuk menanggapi tuduhan pelanggaran hak asasi manusia di wilayah yang dipertikaikan itu.

Dalam sepucuk surat yang dikirimkan kepada pemerintah India pada akhir Mac tetapi diumumkan pada Isnin lalu, lima pakar PBB meminta New Delhi menjawab tiga tuduhan utama membabitkan Naseer Ahmad Wani dari daerah Shopian di selatan Kashmir yang hilang.

India juga dituduh melakukan pembunuhan di luar undang-undang terhadap Irfan Ahmad Dari dari Sopore di utara Kashmir dan penahanan sewenang-wenangnya pemimpin pro-New Delhi, Waheed Ur Rehman dari Pulwama.

Surat itu menyatakan bahawa pada November lalu, Waheed telah ditangkap oleh Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) atas ‘tuduhan terlibat dengan pengganas’, dan mengalami perlakuan buruk serta soal siasat yang kejam selama 10 hingga 12 jam sehari.

“Dia ditahan di sel bawah tanah yang gelap pada suhu di bawah sifar, kurang tidur, ditendang, ditampar, dipukul dengan rotan, ditelanjangkan dan digantung terbalik.

“Waheed menjalani pemeriksaan doktor sebanyak tiga kali, dan pakar psikatrik,” kata surat itu.

Wilayah Kashmir terbahagi kepada dua di mana sebahagian lagi ditadbir oleh Pakistan. Ketegangan sentiasa memuncak di wilayah itu susulan tindakan kejam pihak berkuasa India menyebabkan kumpulan pejuang Islam bertindak balas.

Surat PBB itu juga menyatakan Waheed yang mengetuai pemuda dalam Parti Demokratik Rakyat, salah satu daripada parti pro-India, ditangkap susulan mesyuarat secara maya dengan anggota Majlis Keselamatan PBB di mana dia mengecam pelanggaran hak asasi manusia oleh India.

Pakar PBB juga membangkitkan isu Irfan Ahmad, 23 tahun yang ditangkap oleh polis di kedainya pada 15 September lalu.

“Irfan ditahan di balai polis Sopore tanpa waran. Keesokan pagi, keluarganya diberitahu bahawa Irfan meninggal dunia,” kata surat PBB.

Pakar PBB berkata, polis mendakwa Irfan terbunuh ketika cuba melarikan diri daripada tahanan.

“Namun, didapati tulang mukanya dan giginya patah manakala kepalanya kelihatan mengalami lebam akibat pukulan benda tumpul. Keluarganya hanya dibenarkan melihat jenazahnya sekitar 10 minit sebelum dikebumikan,” kata mereka.

Mereka menambah siasatan rasmi dijalankan kemudian dan dua anggota polis digantung daripada tugas atas tuduhan ‘cuai ketika bertugas’, tetapi tiada siapa yang dituduh di mahkamah atas pembunuhannya.

Pakar PBB juga menggesa kerajaan India memberi penjelasan berhubung kes Naseer Ahmad, 19 tahun, selepas ditangkap dalam serbuan pasukan separa tentera di rumahnya dan kemudian dilaporkan hilang.

“Pada 29 November 2019, anggota separa tentera Rashtriya Rifles menyerbu rumahnya atas dakwaan telefon pintarnya digunakan oleh militan.

“Ketika menggeledah rumah, anggota tentera menggunakannya dua kanak-kanak sebagai perisai manusia. Kedua-dua mereka juga dipukul.

“Anggota tentera mengumpulkan semua wanita di dalam satu bilik dan bertanya nama mereka, merakam gambar mereka dan meminta menyerahkan telefon bimbit mereka. Mereka diancam jika tidak patuh, mereka akan dibogelkan,” kata surat pakar PBB itu.

Pakar PBB berkata ianya berterusan lebih sejam apabila lima anggota separa tentera masuk ke bilik Naseer dan memukulnya sebelum membawanya pergi.

“Pada petang berikutnya, iaitu 1 Disember, seorang pegawai berpangkat mejar bersama beberapa anggota kembali ke rumah Naseer.

“Mereka mengumpulkan semua keluarga di satu bilik dan mengacukan pistolnya ke leher anggota keluarga serta mengancam mereka untuk tidak menyoal lebih lanjut atau mengambil tindakan undang-undang,” kata surat itu.

Surat itu menyebutkan bahawa polis telah membuat laporan orang hilang pada 2 Disember 2019, setelah permintaan keluarga sebelumnya.

Pakar PBB mengatakan semua tuduhan itu ‘adalah sebahagian dari pola pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan dilakukan oleh polis, tentera, agensi keselamatan dan badan kehakiman di wilayah Jammu dan Kashmir’, dan kerajaan India perlu memberi penjelasan mengenainya. – Agensi

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok