Ahli geologi cedera diserang sotong

April 2, 2021 · Dunia

Ahli geologi Australia, Lance Karlson diserang seekor sotong gurita besar yang ‘mengamuk’ ketika dia berenang di pantai barat negara itu, semalam.

Dalam satu hantaran video yang tular di media sosial, sotong gurita itu dilihat di perairan cetek, tiba-tiba terbang dan menyerang ahli geologi tersebut selain mengejar dan memukul lengan, sebelum memukul leher dan punggung Karlson.

“Gurita menyerang kami… sangat mengejutkan,” kata Karlson melalui e-mel kepada agensi berita.

Katanya, haiwan tentakel itu meninggalkan sengatan merah pada kulitnya, tetapi kesannya hanya berkurang setelah dia menuang cola ke atas lukanya.

Karlson yang juga bekas anggota pasukan penyelamat itu memberitahu stesen televisyen Australia, 7News, bahawa cuka boleh membantu merawat sengatan yang dialami, tetapi dia tidak memiliki cuka ketika itu.

Namun, katanya, dia mengetahui serba sedikit mengenai cecair berasid yang dapat mengurangkan bisa sengatan sotong, dan ternyata tindakannya tepat apabila menggunakan cola sebagai alternatif lain.

Karlson juga berkata, dia hanya berendam di kawasan sekitar resort lokasi penginapannya bersama keluarga di Geographe Bay, dan melihat sesuatu yang disangkanya ikan pari menyerang burung camar.

Sebaliknya, dia menyedari ia adalah sotong gurita tetapi tidak menyangka akan diserang dengan ganas. – Agensi

Berita berkaitan
Rafizi mahu saman pengikut Setpol Anwar lempar fitnah
July 12, 2021· Politik
Popular
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
15 jam lalu · Dunia
‘Bongbong’ angkat sumpah presiden, era baharu pemerintahan Marcos
18 jam lalu · Dunia
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022 · Dunia
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022 · Dunia
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
June 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok