Ahli arkeologi Mesir temukan kota kuno terbesar zaman Firaun

April 10, 2021 · Dunia

Ahli arkeologi telah menemukan sisa sebuah kota kuno di padang pasir di luar Luxor yang dikatakan ‘terbesar’ pernah ditemui di Mesir dan bermula pada zaman kegemilangan Firaun 3,000 tahun lalu.

Penemuan kota kuno yang terkubur di bawah pasir selama ribuan tahun, dikatakan sebagai salah satu ‘penemuan terpenting’ sejak makam Tutankhamun digali.

Pakar arkeologi Mesir yang terkenal, Zahi Hawas ketika mengumumkan perkara itu berkata, tapak berkenaan ditemukan di kawasan dikenali ‘Lembah Raja-Raja’.

Pasukan arkeologi dalam kenyataan berkata, kota kuno berusia 3,000 tahun itu adalah ketika zaman pemerintahan Amenhotep III dan diteruskan oleh Tutankhamun dan Ay,

Profesor dalam bidang arkeologi dan seni Mesir di Universiti Johns Hopkins Betsy Bryan berkata, penemuan itu adalah yang kedua terpenting dalam dunia arkeologi sejak pembongkaran makam Tutankhamun.

Barang kemas, termasuk cincin telah ditemui bersama-sama tembikar berwarna-warni, dan batu-bata yang mempunyai cop Amenhotep III.

Hawass yang juga bekas menteri antikuiti berkata, banyak negara yang menjalankan misi mencari kota itu tetapi tidak menjumpainya.

Pasukan arkeologi itu memulakan cari gali pada September tahun lalu di kawasan antara kuil Ramses III dan Amenhotep III di Luxor, 500 kilometer di selatan Kaherah.

“Dalam beberapa minggu sahaja formasi batu-bata lumpur mulai muncul ke semua arah sehingga mengejutkan pasukan pencari.

“Apa yang mereka gali adalah tapak kota terbesar yang berada dalam keadaan baik dan terpelihara, dengan semuanya mempunyai dinding dan bilik yang penuh dengan peralatan,” kata pasukan penggali itu.

Selepas tujuh bulan menggali, beberapa kemudahan lain, seperti tempat membuat roti yang lengkap dengan alat pemanas dan tempat simpanan tembikar, juga ditemui.

Ahli arkeologi mengatakan kawasan pemerintahan Amenhotep III adalah sebuah empayar yang merentasi Euphrates ke Sudan. Dia meninggal dunia pada tahun 1354.

Amenhotep III memerintah selama empat dekad dan pemerentahannya terkenal dengan kemewahan serta keagungan monumen, termasuk Colossi dan Memnon – dua patung batu besar yang mewakili dirinya dan isterinya berdekatan Luxor.

“Lapisan arkeologi tidak pernah disentuh selama ribuan tahun, seolah-olah baharu semalam penduduk meninggalkan kota itu,” kata pasukan arkeologi.

Pasukan itu juga percaya akan ada penemuan penting yang lain selepas mereka menemukan beberapa makam di kawasan itu. – Agensi

Berita berkaitan
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
August 14, 2022· Dunia
Tayangan filem Dr. Strange diharamkan di Mesir, Arab Saudi
April 29, 2022· Dunia
Tiada rakyat Malaysia terbabit dua insiden di Mesir: Wisma Putra
April 14, 2022· Isu semasa
Wartawan kata Israk Mikraj ‘cerita penuh khayalan’ disiasat
February 21, 2022· Dunia
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok