Abe diberi anugerah tertinggi daripada kerajaan Jepun

July 12, 2022 · Dunia

Kerajaan Jepun pada Isnin menganugerahkan anugerah tertinggi ‘Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum’ kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe, yang maut akibat ditembak dalam satu insiden di bandar raya Nara pada Jumaat.

Majlis diadakan pada Isnin di Kuil Zojoji di Tokyo, dihadiri Perdana Menteri Fumio Kishida dan anggota Kabinet, lapor Agensi Berita Kyodo, menurut Bernama.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen, yang dalam rangka lawatan ke Jepun, turut menghadiri majlis itu.

Maharaja Naruhito dan Permaisuri Masako turut menghantar bunga dan meminta seorang pegawai istana membakar colok, kata pembantu istana, Kenji Ikeda.

Kira-kira 2,500 orang menghadiri majlis itu, menurut Parti Demokratik Liberal.

Turut hadir ahli perniagaan terkemuka, termasuk Duta AS ke Jepun Rahm Emanuel dan Duta Rusia ke Jepun Mikhail Galuzin.

Abe, bekas perdana menteri keempat yang menerima anugerah tertinggi itu selepas Shigeru Yoshida, Eisaku Sato dan Yasuhiro Nakasone.

Anugerah itu diperbuat daripada emas tulen dan dipakai oleh maharaja Jepun.

Ia juga pernah dianugerahkan kepada beberapa ketua negara asing yang membuat kunjungan ke negara matahari terbit itu.

Pengebumian Abe dijadual petang Selasa di kuil Tokyo.

Upacara berkabung akan diadakan secara berasingan di Tokyo dan Yamaguchi di barat Jepun.

Sementara itu, bekas Presiden AS Donald Trump dilaporkan sedang mempertimbangan untuk menghadiri pengebumian itu.

Trump memberitahu media AS, Breitbart bahawa beliau sedang berbincang dengan keluarga Abe mengenai kunjungannya, sambil menambah bekas perdana menteri itu adalah pemimpin asing pertama yang bertemu dengannya selepas Trump memenangi pilihan raya presiden AS pada 2016.

Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno berkata atas permintaan Kishida, bendera Jepun akan di pejabat perdana menteri di Tokyo dikibarkan separuh tiang sehingga Selasa.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kerajaan dan NFCorp tak rayu keputusan Mahkamah Tinggi
November 23, 2023· Isu semasa
Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center
November 22, 2023· Politik
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Popular
Ahli arkeologi Mesir temukan kota kuno terbesar zaman Firaun
April 10, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
6 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok