(TERKINI) 9 kanak-kanak antara 21 warga Palestin maut serangan rejim Zionis

May 11, 2021 · Dunia

Agensi berita Palestin, Wafa, melaporkan 21 warga Semenanjung Gaza, termasuk sembilan kanak-kanak terbunuh selepas Israel melakukan serangan balas udara, susulan bedilan rokat dan peluru berpandu kumpulan pejuang Palestin, malam tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dron Israel melepaskan peluru berpandu ke arah sekumpulan penduduk di Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza, membunuh 21 orang, termasuk sembilan kanak-kanak, dan mencederakan 65 yang lain.

Terdahulu, sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – Briged Izzuddin Al-Qassam (Al-Qassam) – melepaskan bedilan roket dan peluru berpandu ke arah penempatan Yahudi di Baitulmaqdis, selepas tamat masa diberikan kepada rejim Israel untuk berundur dari Masjid Al-Aqsa.

Jurucakap Al-Qassam, Abu Obaidah berkata pasukannya menyasarkan musuh yang menduduki secara haram tanah Palestin di Baitulmaqdis sebagai tindak balas terhadap jenayah dilakukan rejim Zionis Israel.

Dua warga Palestin yang maut dalam serangan udara rejim Zionis di utara Semenanjung Gaza dibawa ke hospital.

Dalam satu lagi kejadian, kebakaran besar dilaporkan berlaku di pekarangan Masjid Al-Aqsa malam tadi yang dapat dilihat dari pelbagai sudut kota Baitulmaqdis.

Punca kebakaran tidak dapat dipastikan dengan segera, tetapi ia berlaku setelah polis rejim Israel menyerbu kawasan tersebut menyebabkan 331 warga Palestin cedera.

Malam tadi, sekurang-kurangnya 305 daripada ribuan warga Palestin yang berkumpul di Masjid Al-Aqsa bagi mempertahankan tanah suci itu daripada pencerobohan pertubuhan Zionis dan ektremis Yahudi, cedera selepas bertempur dengan IDF, kata jurucakap Bulan Sabit Merah Palestin.

Dalam kenyataan awal pagi ini, pasukan perubatan itu berkata, 228 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dengan tujuh daripadanya berada dalam kritikal.

Dalam perkembangan terbaharu, askar dan polis rejim Israel dilaporkan telah berundur dari pekarangan Masjid Al-Aqsa selepas menyerang penduduk palestin menggunakan peluru getah dan bom pegun bunyi.

Beberapa pintu gerbang Masjid Al-Aqsa yang sebelum ini ditutup oleh polis rejim dibuka semula selepas pengunduranitu. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok