80,000 Rohingya akan dihantar ke pulau di Teluk Benggala

October 8, 2021 · Dunia

Bangladesh akan memindahkan lebih 80,000 pelarian Rohingya dari kem pelarian di negara itu ke pulau yang terletak di Teluk Benggala setelah menandatangani perjanjian bantuan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Setakat ini, kira-kira 19,000 pelarian Muslim etnik Rohingya dari Myanmar dipindahkan dari kem pelarian yang sesak ke Pulau Bhashan Char.

Pesuruhjaya Mengenai Pelarian Bangladesh, Shah Rezwan Hayat puluhan ribu lagi akan dihantar sebaik sahaja selepas ribut monsun yang melanda Teluk Benggala berakhir pada November ini.

“Kami menyasarkan pemindahan 81,000 pelarian Rohingya ke Bhashan Char pada akhir Februari bagi memenuhi kuota 100,000 orang,” katanya kepada AFP.

Kerajaan membelanjakan kira-kira AS$350 juta (RM1.5 bilion) membina tempat perlindungan di pulau seluas 53 kilometer persegi itu, yang terbentuk di laut sekitar 20 tahun lalu.

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kedudukan pulau itu sejauh 60 kilometer dari tanah besar Bangladesh, menyebabkan sesetengah kumpulan Rohingya mendakwa pelarian dipaksa untuk tinggal di pulau itu.

Kini terdapat kira-kira 850,000 Rohingya tinggal di dalam kem pelarian yang sesak di sepanjang sempadan Bangladesh-Myanmar.
Sebilangan besar melarikan diri daripada tindakan tentera Myanmar pada tahun 2017 yang dikatakan PBB sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Pada masa sama, ratusan pelarian Rohingya dilaporkan cuba lari dari pulau itu tetapi ditahan semula, manakala puluhan lagi maut ketika cuba lari menggunakan bot pada Ogos.

PBB telah menyatakan keraguan mengenai penempatan semula itu, tetapi pegawai Bangladesh dan PBB kemudiannya sepakat untuk memberi peranan kepada badan dunia itu dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan dan memantau keadaan di pulau itu.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pula berkata pihaknya akan memastikan PBB menandatangani memorandum persefahaman dengan Bangladesh bagi melindungi pelarian Rohingya di Bhashan Char.

Hayat berkata PBB akan memainkan peranan yang lebih besar di pulau itu berbanding apa yang mampu dilakukan di kem pelarian sekitar Bangladesh.

“Penduduk Bhashan Char akan menerima layanan yang serupa, sesuai dengan kemanusiaan, dengan apa yang kini diberikan kepada orang-orang di kem Cox’s Bazar,” kata Hayat. – AFP

Berita berkaitan
Insiden runtuhan tapak pembinaan, tiga pekerja Bangladesh maut di Machang
November 3, 2023· Isu semasa
SPRM tahan dua pegawai kedutaan Malaysia di Bangladesh, beku akaun
April 20, 2023· Isu semasa
PRU-15: JPN lapor polis dakwaan warga Bangladesh dapat MyKad
October 25, 2022· Isu semasa
Buruh binaan maut runtuhan konkrit tingkat 51 Oxley Tower
September 27, 2022· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok