8 negara Afrika disekat masuk ke Indonesia

November 28, 2021 · Dunia

Indonesia telah mengenakan sekatan ke atas semua pengembara dari lapan negara Afrika, berkuat kuasa Isnin berikutan varian baharu Covid-19, B.1.1.529 atau dikenali Omicron.

Sekatan itu juga terpakai kepada pengembara yang pernah mengunjungi negara seperti Afrika Selatan, Botswana, Namibia, Zimbabwe, Lesotho, Mozambique, Eswatini dan Nigeria dalam tempoh 14 hari lalu, menurut Direktorat Jenderal Imigresen Indonesia lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua perhubungan awam dan hal ehwal umum, Arya Pradhana Anggakara berkata susulan sekatan itu visa lawatan dan visa perjalanan terhad untuk rakyat negara itu akan dihentikan kecuali bagi perwakilan ke mesyuarat G20 di Bali.

Indonesia bakal menjadi tuan rumah dan Pengerusi G20 dari 1 Dis 2021 hingga 30 Nov 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok