75,000 penduduk cari perlindungan, rumah dibom rejim Zionis Israel

May 20, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya 75,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal susulan serangan berterusan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini,

“Secara keseluruhan keadaan tetap membimbangkan,” kata jurucakap PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Katanya, pertempuran antara rejim Israel dan kumpulan pejuang bersenjata Palestin di Semenanjung Gaza masuk hari ke sembilan, tetapi dalam keadaan yang lebih rendah.

“Sebaliknya, pertempuran antara Palestin dan pasukan Israel di Tebing Barat, termasuk di Baitulmaqdis Timur, semakin meningkat.

“Semua pihak dalam pertempuran mesti bersetuju dengan gencatan demi kemanusiaan, bagi membuka laluan masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza untuk penghantaran bantuan bekalan makanan dan perubatan,” katanya.

Setakat ini sekurang-kurangnya 227 rakyat Palestin, termasuk 64 kanak-kanak, dan 38 wanita terbunuh, manakala 1,620 lagi cedera susulan serangan rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 10 Mei lalu, kata Kementerian Kesihatan di Gaza.

OCHA berkata, jumlah kematian di Tebing Barat sehingga Rabu mencecah 25 kes, termasuk empat kanak-kanak dam 6,309 lagi cedera.

Jumlah kematian di pihak rejim Israel bagi tempoh yang sama pula ialah 12, termasuk dua kanak-kanak, manakala 796 lagi cedera.

“Jumlah kumulatif individu yang berpindah sejak 10 Mei lalu mencecah 75,000, termasuk 47,000 yang mendapat perlindungan di 58 sekolah di bawah kendalian Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

“Manakala selebihnya tinggal bersama sanak-saudara mereka,” kata OCHA sambil menegaskan jana kuasa elektrik di Gaza hanya beroperasi dua jam sehari berikutan kekurangan bahan bakar. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok