71 juta orang terjerumus kemiskinan akibat krisis kos sara hidup

July 8, 2022 · Dunia

Peningkatan kadar inflasi menyebabkan 71 juta orang di negara membangun terjerumus ke dalam kancah kemiskinan sejak Mac 2022, menurut laporan dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) pada Khamis.

Inflasi yang melambung tinggi, kemungkinan peningkatan kadar faedah akan memburukkan lagi krisis, mempercepatkan dan menambahkan lagi kemiskinan di seluruh dunia, lapor Xinhua menurut laporan Bernama.

Rizab fiskal yang berkurangan, hutang kerajaan yang tinggi serta peningkatan kadar faedah di pasaran kewangan global, menyaksikan negara membangun menghadapi cabaran yang memerlukan perhatian antarabangsa.

Analisis ke atas 159 negara membangun di seluruh dunia menunjukkan bahawa kenaikan harga dalam komoditi utama sudah pun memberi kesan segera dan menjejaskan isi rumah termiskin, dengan kawasan ang paling dianggap terjejas di Balkan, negara di rantau Laut Caspian dan Sub-Sahara Afrika (khususnya wilayah Sahel).

“Kenaikan harga yang belum pernah berlaku sebelum ini membuatkan kebanyakan orang di seluruh dunia, yang sebelum ini mampu beli makanan untuk sehari kini tidak lagi berdaya berbuat demikian.

“Krisis kos sara hidup ini membawa berjuta-juta orang ke kancah kemiskinan dan juga kelaparan, ancaman pergolakan sosial meningkat dari hari ke hari,” kata Pentadbir UNDP Achim Steiner.

Masalah kos sara hidup juga menyebabkan kesukaran kepada penggubal dasar, terutamanya di negara yang lebih miskin.

Walaupun kebanyakan negara membangun sedang bergelut dengan ruang fiskal yang semakin mengecil dan hutang semakin meningkat, cabarannya kini bagaimana untuk memberikan bantuan jangka pendek kepada isi rumah miskin dan rentan.

“Percanggahan dalam ekonomi global semakin membimbangkan apabila seluruh negara membangun menghadapi ancaman ketinggalan ketika mereka bergelut untuk menghadapi pandemik COVID-19 yang berterusan, masalah hutang dan kini krisis makanan serta tenaga,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar
August 17, 2022· Isu semasa
Pasukan khas tangani inflasi beri kesan positif: Mustapa
August 14, 2022· Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
August 9, 2022· Isu semasa
MOF pantau kesan kenaikkan OPR terhadap peminjam
August 8, 2022· Isu semasa
Popular
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022
Puluhan pendatang haram Yahudi ceroboh Masjid Al-Aqsa
May 24, 2021
Sinopharm akhirnya terbitkan data ujian vaksin Covid-19
May 28, 2021
Polis jumpa mayat dua budak dalam beg dibeli ketika acara lelongan
August 18, 2022
Lagi Dunia terkini
Cadangan Russia tutup loji kuasa nuklear Ukraine cetus kebimbangan
7 minit lalu · Dunia
Polis jumpa mayat dua budak dalam beg dibeli ketika acara lelongan
9 jam lalu · Dunia
Serangan bom, pembakaran di 17 tempat gegar Selatan Thailand
August 17, 2022 · Dunia
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022 · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok