7 juta serangan siber di Arab Saudi dalam dua bulan pertama

March 27, 2021 · Dunia

Hubungan jarak jauh ketika pandemik COVID-19 terus menimbulkan ancaman dan risiko keselamatan kepada syarikat dan pekerja di Arab Saudi, dengan tujuh juta serangan siber dilaporkan di negara itu dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Laporan daripada firma keselamatan siber, Kaspersky berkata, Arab Saudi menyaksikan lebih 22.5 juta serangan kasar siber pada 2020 menerusi protokol desktop komputer, satu cara mengakses Windows atau pelayan, paling popular.

Serangan itu membabitkan cubaan untuk mengakses maklumat login dan pengguna, atau laman web tersembunyi.

Jumlah serangan meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 104 peratus pada Mac atau 2 juta, berbanding 983,512 serangan pada Februari. Peningkatan itu susulan pengumuman kerajaan Arab Saudi yang mengehadkan kerja pejabat dan aktiviti lain.

Pakar Keselamatan Siber Arab Saudi, Abdullah Al-Gumaijan memberikan tiga faktor di sebalik peningkatan serangan siber di negaranya.

“Apabila ada ketegangan politik di wilayah Arab, serangan siber serta-merta meningkat. Juga, penggunaan senjata siber meningkat kerana penyerang menyedari nilai serangan bagi membuktikan kuasa mereka dan kesannya. Sebab itu trend serangan siber semakin meningkat,” katanya sambil menyatakan faktor ketiga adalah pandemik COVID-19.

Katanya, dengan kebanyakan individu bekerja dari rumah, ini bermakna syarikat terpaksa mengurangkan kawalan bagi membolehkan kakitangan mereka mengakses data rangkaian internat syarikat.

“Ini adalah satu lagi yang membuka pintu kepada serangan siber. Fleksibiliti dalam paradigma bertentangan dengan keselamatan. Semakin kita selamat, semakin kurang fleksibiliti yang kita ada,” katanya.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok