7 cedera dalam insiden tembakan tengah malam di Orlando

August 1, 2022 · Dunia

Tujuh orang cedera dalam satu kejadian tembakan di pusat bandar Orlando, Florida, awal pagi Ahad, lapor Xinhua, memetik polis.

Ketua Polis Orlando Eric Smith memberitahu pemberita bahawa tembakan tercetus susulan pergaduhan di kawasan Wall Street Plaza dan South Orange Avenue pada kira-kira pukul 2:00 pagi (0600 GMT) ketika bar dan restoran sedang ditutup.

Seorang penembak yang tidak dikenali mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai, mencederakan tujuh mangsa.

Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan stabil, kata Smith.

Polis sedang mencari maklumat mengenai suspek.

Menurut data terkini, daripada Arkib Keganasan Senjata, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, setakat tahun ini, sekurang-kurangnya berlaku 382 kejadian tembakan rambang di Amerika Syarikat.

Berita berkaitan
Ramasamy berjaya kutip derma RM1.5 juta untuk bayar saman Zakir
November 9, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Ringgit kembali susut kepada 4.6630 : laporan
July 6, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi, paras RM4.60
May 30, 2023· Isu semasa
Popular
Komander Al-Qassam Gaza terbunuh sudah lama tunggu syahid
May 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok