67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci

July 23, 2022 · Dunia

Seramai 67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci sehingga hari ke 49 pelaksanaan operasi haji tahun ini, menurut Panitia Penyelenggara Ibadah Haji (PPIH) Indonesia.

Ketua PPIH Arab Saudi, Arsad Hidayat berkata 27 jemaah meninggal dunia semasa pra aktiviti di Arafah, Muzdalifah dan Mina (Armuzna) antara 4 Jun hingga 7 Julai, lapor Bernama.

Seramai 16 jemaah meninggal semasa di Armuzna antara 8-12 Julai, dan 24 jemaah setelah puncak musim haji dari 13 Julai sehingga semalam, katanya dalam satu kenyataan.

Berbanding tempoh sama pada 2019, seramai 341 jemaah meninggal dunia dengan kuota haji 214,000 jemaah.

Indonesia menerima kuota haji tertinggi di dunia, dengan 100,051 jemaah haji dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini, selepas musim haji ditangguhkan dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Jumlah jemaah haji yang dibenarkan Arab Saudi tahun ini terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa serta terbuka kepada jemaah di bawah 65 tahun yang telah melengkapkan vaksin Covid-19.

Sementara itu, hari ke tujuh proses kepulangan jemaah merekodkan 23,684 jemaah haji tiba di Indonesia setakat semalam, kata jurucakap Kementerian Agama, Wawan Djunaedi.

Mereka terdiri daripada 20,491 jemaah biasa yang diurus kementerian dan 3,193 jemaah haji khusus yang diurus PPIH.

Seramai 29 jemaah dirawat di hospital Arab Saudi, dan 77 jemaah dirawat di klinik kesihatan haji Indonesia di Mekah.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok