6 lagi kematian di Korea Utara yang bergelut kes Covid-19 naik

May 17, 2022 · Dunia

Korea Utara pada Selasa melaporkan enam lagi kematian disyaki akibat jangkitan COVID-19 dan negara ini mengerahkan tentera untuk membekalkan ubat ke farmasi di Pyongyang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut maklumat ibu pejabat pencegahan wabak, enam kematian dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), lapor Bernama.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebelum ini telah mengarahkan sistem bekalan ubat diperkasa dan tentera digerakkan bagi menstabilkan bekalan ubat.

Kilang farmaseutikal di seluruh negara telah meningkatkan pengeluaran dan kira-kira 11,000 pegawai, tenaga pengajar dan pelajar institusi perubatan dikerahkan untuk membantu merawat pesakit bergejala.

Jumlah kes yang mempunyai simptom demam mencapai lebih 1.48 juta menyaksikan lebih 819,090 pesakit pulih dan sekurang-kurangnya 663,910 lagi sedang dirawat.

Khamis lalu, Korea Utara melaporkan kes pertama selepas mendakwa negara ini bebas COVID-19 selama lebih dua tahun.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok