6 kes baharu cacar monyet di Belanda, ada pesakit hadiri pesta gay

May 24, 2022 · Dunia

Bilangan kes cacar monyet yang menjangkiti manusia meningkat kepada enam kes di Belanda, menurut laporan Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negara (RIVM) semalam.

Kes pertama cacar monyet di Belanda disahkan pada Jumaat lalu, RIVM dan Pusat Perubatan Universiti Erasmus kini sedang menganalisis sampel baharu untuk memastikan pengesanan kes baharu dilakukan dengan segera dan mengurangkan risiko penularan selanjutnya, lapor Xinhua.

“Sesetengah individu yang dijangkiti menghadiri festival Darkland di Belgium,” kata RIVM.

“Semua kes melibatkan lelaki melakukan hubungan seks sejenis, bagaimanapun ini tidak bermakna virus itu boleh, atau hanya boleh, disebarkan melalui hubungan seksual atau virus itu tidak boleh merebak di luar kumpulan orang ini.”

RIVM meminta mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit cacar monyet untuk mengasingkan diri.

Vaksinasi hanya akan ditawarkan Perkhidmatan Kesihatan Perbandaran (GGD) kepada mereka yang berisiko tinggi dijangkiti.

Sementara itu, Maghribi mengumumkan pada Isnin juga sudah mengenal pasti tiga pesakit disyaki dijangkiti virus itu.

Ketiga-tiga individu dijangkiti disyaki cacar monyet kini dalam penjagaan kesihatan, berada dalam keadaan sihat dan telah melalui analisis perubatan, sementara menunggu keputusan, kata Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu juga berkata sudah membentuk pasukan petugas khas untuk memantau keadaan negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kes cacar monyet sudah dikesan di 12 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Britain, Sepanyol, Portugal, Jerman, Belgium, Itali, Belanda, Perancis dan Sweden.

Kes-kes ini tidak termasuk 21 negara di mana penyakit itu dianggap endemik, semuanya di Afrika Barat dan Tengah.

Berita berkaitan
Fahmi jangan pura-pura tak tahu, perlu bertanggungjawab kemasukan pemuzik pro-LGBT
July 22, 2023· Politik
Pemuda PAS persoal mengapa kumpulan muzik pro-LGBT dibenarkan masuk
July 22, 2023· Politik
Imigresen gempur ‘port’ gay di KL
May 26, 2023· Isu semasa
KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang
May 18, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok