6.67 bilion dos vaksin Covid-19 diberi di seluruh dunia

October 18, 2021 · Dunia

Kempen vaksinasi terbesar dalam sejarah dunia terus dijalankan. Lebih daripada 6.67 bilion dos telah diberikan di 184 negara, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg dengan kadar terkini adalah kira-kira 26.3 juta dos sehari.

Sehingga kini kira-kira 43.4 peratus populasi dunia sudah lengkap divaksin. Negara dan wilayah dengan pendapatan tertinggi mendapat vaksin 20 kali lebih pantas daripada negara dengan pendapatan rendah.

China kini berada di tempat pertama dengan hampir 2.229 bilion dos vaksin yang sudah diberikan kepada rakyatnya, diikuti India, sebanyak 977 juta dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 407 juta dos.

Selain itu, Brazil juga sudah mencatatkan lebih 257 juta dos sementara Jepun di tempat kelima melebihi 178 juta dos.

Manakala Turki, Jerman dan Mexico juga sudah melepasi lebih 100 juta dos vaksin yang telah diberikan kepada rakyat mereka.

Di Asia Tenggara pula, Indonesia jauh di depan mengungguli kadar vaksinasi berbanding negara lain dengan 170 juta dos sudah diberikan di negara itu, berbanding populasinya dianggarkan 277.2 juta penduduk.

Thailand pula dilaporkan memberi 64 juta dos vaksin, serta Filipina dengan 51 juta dos.

Sehingga semalam, Malaysia mencatat pemberian berjumlah 47,838,886 dos telah diberikan dengan 21,960,911 atau 93.8 peratus lengkap divaksinasi dan 22,745,310 atau 97.2 peratus lagi melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Singapura, merekodkan lebih 9 juta dos vaksin diberikan kepada rakyatnya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok