5,916 kes baharu, 44 kematian di Thailand hari ini

Thailand hari ini merekodkan 5,916 kes baharu Covid-19 dan 44 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan penduduk yang dijangkiti sebanyak 283,067 kes dan 2,226 kematian.

Menerusi kenyataannya, Pusat Pengurusan Situasi Covid-19 Thailand berkata 5,910 adalah jangkitan tempatan dengan 1,800 dikesan menerusi saringan dan enam kes import.

Bangkok terus merekodkan jangkitan tertinggi baharu dengan 1,498 kes diikuti Rathum Thani (458), Samut Prakan (412), Samut Sakhon (395) dan Chon Buri (275).

Daripada jumlah kematian pula ia membabitkan 24 lelaki dan 20 wanita berusia antara 32 dan 91 tahun, termasuk 43 rakyat Thailand dan satu Myanmar.

Sebanyak 30 kematian dilaporkan di Bangkok, Samut Prakan (tiga), dan masing-masing dua di Yala dan Nakhon Pathom, serta masing-masing satu di Kon Kaen, Chachoengsao, Pathum Thani, Narathiwat, Prachuap Khiri Khan, Ayutthaya dan Nakhon Si Thammarat.

“Seramai 59,938 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital, termasuk 2,147 di unit rawatan rapi dengan 616 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya kenyataan itu. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR