59 PATI Rohingya tunggu masuk Malaysia ditahan di Satun

June 5, 2022 · Dunia

Kira-kira 59 pendatang tanpa izin (PATI) Rohingya termasuk lima kanak-kanak yang kelaparan dan lesu ditemui di sebuah pulau di wilayah selatan Satun di Thailand, berhampiran sempadan Malaysia pada Sabtu, kata pegawai.

Gabenor Satun, Ekkarat Leesen berkata pegawai penguat kuasa menemui 31 lelaki, 23 wanita dan lima kanak-kanak yang kelaparan di pulau Koh Dong, yang merupakan sebahagian daripada Taman Laut Negara Tarutao.

“Mereka ditinggalkan di pulau itu tanpa makanan dan minuman. Mereka kelihatan sangat lemah kerana kelaparan dan dehidrasi,” katanya.

Ekkarat berkata siasatan awal mendapati mereka adalah sebahagian daripada kumpulan 120 Rohingya yang meninggalkan Myanmar kira-kira dua bulan lepas sebelum mendarat di pulau itu kira-kira seminggu lalu.

“Kami dimaklumkan mereka (Rohingya) membayar RM5,000 (atau dalam baht) kepada sindiket untuk bekerja di Malaysia… ada di antara mereka didakwa telah meninggalkan pulau itu (Koh Dong) dan sudah masuk ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis dan Pengarah Pusat Perlindungan Kanak-Kanak, Wanita, Keluarga, Antipemerdagangan Manusia dan Sektor Perikanan Pol. Jeneral Roy Ingkapairote berkata siasatan sedang dijalankan.

“Unit khas ditubuhkan untuk menyiasat penyeludupan Rohingya tanpa dokumen,” katanya.

Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa menyediakan makanan dan minuman kepada Rohingya di pulau itu. Sehingga kini, semua mereka telah menjalani saringan Covid-19. – Bernama

Berita berkaitan
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Popular
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
July 2, 2022
Kawalan ketat keselamatan di Hong Kong menjelang lawatan Presiden Xi
July 1, 2022
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
July 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Eropah berdepan peningkatan jangkitan cacar monyet: WHO
9 jam lalu · Dunia
Pesakit cacar monyet di UK alami gejala berbeza: Kajian
14 jam lalu · Dunia
Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua
15 jam lalu · Dunia
Kes Covid-19 meningkat hampir di seluruh dunia: WHO
July 1, 2022 · Dunia
Kes melonjak: Pakar gesa Thailand tangguh isytihar pascapandemik
July 1, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok