55,209 kes baharu di Indonesia

Republik Indonesia kembali merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 yang tinggi apabila 55,209 individu disahkan positif dalam tempoh 24 jam semalam, lapor Pasukan Petugas Covid-19 negara itu.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan positif di negara keempat paling padat penduduk di dunia, meningkat kepada 4,763,252 kes, tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Kelmarin, Indonesia merekodkan 40,489 kes positif. Sehingga kini, Indonesia merekodkan 335,340 kes aktif.

Sebanyak 30,604 kes positif yang dikesan semalam adalah melalui 530,041 specimen yang telah diuji di seluruh negara itu, kata pasukan petugas berkenaan.

Dalam tempoh 24 jam semalam juga, seramai 32,570 pesakit telah sembuh menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 4,282,847.

Pasukan petugas itu juga memaklumkan semalam seramai 107 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan keseluruhannya 145,065 kes kematian.

Dari segi vaksinasi, sehingga kini lebih 188.0 juta rakyat negara itu menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 135,209,233 lagi telah lengkap divaksinasi.

Seramai 6,885,645 populasi lagi menerima suntikan dos penggalak.

BERITA BERKAIT
POPULAR