522 kes baharu Covid-19 di Indonesia, 27 kematian direkod

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Indonesia bertambah dengan jumlah kes baharu sebanyak 522 orang pada Sabtu, 23 April.

Kes baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid di negara itu sebanyak 6,043,768 orang.

Setakat semalam, 2,082 pesakit sudah pulih daripada jangkitan Covid-19, dengan jumlah keseluruhan yang pulih adalah sebanyak 5,868,251 orang.

Sementara itu, 27 kes kematian terbaharu direkodkan pada Sabtu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 156,067 kes.

Negara republikt itu kini sedang mempergiatkan vaksinasi Covid-19 untuk rakyatnya mencapai imuniti berkelompok dengan memberikan dos lengkap dan penggalak.

Dos penggalak juga diwajibkan kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya Aidilfitri nanti.

BERITA BERKAIT
POPULAR