50 peratus penduduk UK mempunyai antibodi Covid-19

March 31, 2021 · Dunia

Satu kajian yang dijalankan menunjukkan separuh penduduk di United Kingdom (UK) kini sudah mempunyai antibodi melawan Covid-19 sejak program vaksinasi dilaksanakan di negara tersebut.

Kajian dijalankan Office for National Statistics (ONS) berhubung tinjauan jangkitan Covid-19, dianggarkan 54.7% populasi di England diuji positif antibodi terhadap Covid-19 daripada sampel darah pada minggu terakhir 14 Mac 2021.

Sementara itu di Wales, sekitar 50.5% populasi diuji positif memiliki antibodi melawan Covid-19, sementara di Scotland 42.6% dan Ireland Utara 49.3%.

Kajian ini dilakukan berdasarkan hasil ujian darah yang diambil dari sampel yang dipilih secara rawak terhadap individu berusia 16 tahun ke atas yang digunakan untuk menguji antibodi terhadap Covid-19.

Hasil kajian ini menunjukkan kejayaan dalam program vaksinasi di UK, dengan 30 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Tinjauan jangkitan juga mendapati variasi positif antibodi antara wilayah di England.

Lebih dari 60% individu di barat laut mempunyai antibodi melawan Covid-19, berbanding dengan 50.3% di tenggara.

Umur juga merupakan faktor peningkatan antibodi. Lebih daripada 76% orang berusia 70 tahun ke atas sudah diuji positif antibodi melawan Covid-19 di UK.

Tahap antibodi yang lebih tinggi diperhatikan melibatkan kumpulan usia yang lebih tua mencerminkan kadar vaksinasi yang tinggi pada orang tua.

Bagi mereka yang berumur 80 tahun ke atas, di England, 86% diuji positif untuk antibodi Covid-19. Di Wales 79.2%, Scotland 74%, dan di Ireland Utara 76.4%.

UK mencatatkan 56 kematian lagi dan 4,040 kes baru, menurut statistik terbaharu.

Kematian yang berkaitan Covid-19 jatuh pada kadar 35% sementara kes baru turun sebanyak 7.9% dari minggu ke minggu.

Berita berkaitan
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Popular
Bekas Presiden Pakistan meninggal
February 5, 2023
Komander Al-Qassam Gaza terbunuh sudah lama tunggu syahid
May 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Bekas Presiden Pakistan meninggal
16 jam lalu · Dunia
Tiga tahun berlalu tapi Covid-19 masih kekal kecemasan global
January 31, 2023 · Dunia
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023 · Dunia
Tahun baharu bawa gelombang pembunuhan mengerikan di AS
January 25, 2023 · Dunia
Lagi kejadian tembakan di AS: Tujuh pekerja ladang Asia dibunuh
January 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok