46 jemaah haji Indonesia tertipu, syarikat kata visa dari Malaysia

July 5, 2022 · Dunia

Sebuah syarikat pengendali haji Indonesia yang melanggar peraturan dan menyebabkan 46 bakal jemaah dihantar pulang sebaik tiba di Jeddah, Arab Saudi, hujung bulan lalu mendakwa mendapat visa haji dari Malaysia dan Singapura.

Memetik laporan Tempo, PT Alfatih Indonesia mendakwa visa yang diberikan kepada jemaah haji terbabit diperoleh dari Singapura dan Malaysia.

Sebahagian jemaah haji berkata mereka membayar sekitar Rp200-300 juta (lebih RM88,000) untuk ibadah haji musim 2022.

Sebelum ini dilaporkan, 46 bakal jemaah haji warga Indonesia telah dihantar pulang sebaik tiba di Jeddah pada Khamis, 30 Jun 2022.

Semua bakal jemaah itu gagal ketika proses imigresn Arab Saudi setelah visa mereka didapati palsu.

Susulan itu, Menteri Hal Ehwal Agama Yaqut Cholil Qoumas berkata pihak akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pelancongan itu.

“Sekatan akan dikenakan terhadap PT Alfatih Indonesia Travel, setelah agensi pelancongan haji itu disyaki melanggar peraturan dan menyebabkan 46 bakal jemaah haji dihantar pulang sebaik tiba di Arab Saudi.

“Agensi pelancongan yang tidak tersusun mengikut peraturan, contohnya yang menyebabkan 46 bakal jemaah dihantar pulang, akan dikenakan sekatan yang paling ketat,” kata Yaqut dalam satu kenyataan.

Tegasnya, setiap agensi pelancongan tidak boleh mempermainkan nasib orang yang ingin menunaikan ibadah itu. Menteri itu bagaimanapun tidak memperincikan sekatan dan prosedur bagi syarikat tersebut.

Untuk rekod, Indonesia memperoleh kuota haji tahun ini sebanyak 100,051 jemaah, manakala Malaysia mendapat 14,306 tempat, sementara Singapura (407 tempat).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
December 2, 2022· Politik
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
20 juta pengundi layak pilih kerajaan baharu hari ini
November 19, 2022· Politik
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok