44 maut tertimbus lumpur beberapa jam sebelum rai ‘Easter Sunday’

April 4, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya 44 penduduk maut selepas banjir lumpur dan tanah runtuh melanda kampung mereka di Pulau Flores, Nusa Tenggara, Indonesia, awal pagi tadi.

Beberapa jam sebelum penduduk bangun untuk meraikan ‘Easter Sunday’, hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di wilayah majoriti penduduk Katolik itu.

Lumpur menenggelamkan rumah, sementara jambatan dan jalan di hujung Kampung Nele Lamadike, musnah.

Timbalan Pegawai Daerah Flores Timur, Agustinus Payong Boli berkata, ketua kampung Nele Lamadike memberitahunya bahawa ratusan penduduk masih hilang dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, jurucakap Badan SAR Nasional Indonesia (Basarnas), Raditya Jati berkata, laporan awal yang diterima menyatakan 44 terbunuh dan sembilan cedera.

“Tetapi, ramai lagi yang masih tertimbus di bawah lumpur,” katanya.

Pegawai Basarnas juga menganggarkan jumlah kematian meningkat, sementara pasukan penyelamat pula sukar ke kawasan pedalaman berikutan hujan dan angin kuat. – Agensi

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok