44 maut, 150 cedera rempuhan di Israel

Sekumpulan individu cuba keluar dari tapak perayaan melalui terowong yang sempit di utara Israel menyebabkan ada yang terjatuh dan dipijak. - Gambar Twitter

Rempuhan pada sambutan perayaan dihadiri ribuan penganut Yahudi Orthodox di utara Israel menyebabkan sekurang-kurangnya 44 maut dan lebih 150 lagi cedera, hari ini, kata pegawai perubatan.

Perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom, berkata sekurang-kurangnya 44 individu terbunuh ketika sambutan itu pada Jumaat, katanya sambil menegaskan pihak kesihatan berusaha menyelamatkan nyawa mereka yang cedera.

Jurucakap Magen David Adom, Zaki Heller berkata kira-kira 150 orang cedera dan dimasukkan ke hospital di mana senam daripadanya berada dalam kritikal.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang tiba di tempat kejadian menyifatkan kejadian itu sebagai bencana besar.

Rempuhan itu berlaku ketika ribuan penganut Yahudi Ortodok mengambil bahagian dalam perayaan keagamaan, Lag BaOmer di Gunung Meron.

Kejadian bermula apabila sekumpulan individu cuba keluar dari tapak perayaan melalui terowong yang sempit, menyebabkan ada yang terjatuh dan dipijak ketika hampir tiba di pintu keluar. – Agensi