400 lebih kes cacar monyet dikesan di Itali

July 24, 2022 · Dunia

Lebih 400 kes cacar monyet telah direkodkan di Itali, kata Ketua Pengarah bahagian Pencegahan Kementerian Kesihatan negara itu Gianni Rezza selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak penyakit itu sebagai kecemasan kesihatan awam.

Pada Sabtu, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan bahawa wabak cacar monyet diisytihar kecemasan kesihatan global, menurut Bernama.

Rezza dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata Itali telah mencatatkan 407 kes cacar monyet setakat ini, tetapi keadaan terkawal, lapor Sputnik.

Ghebreyesus berkata walaupun wabak cacar monyet diisytihar kecemasan kesihatan global, “buat masa ini kebanyakan kes tertumpu dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, terutamanya mereka yang mempunyai ramai pasangan seksual”.

Pada masa yang sama, beliau menyeru semua negara untuk bekerjasama rapat dengan kumpulan yang terjejas, meningkatkan kempen kesedaran, dan memberi amaran terhadap diskriminasi dan stigma.

Menurut ketua pengarah WHO, lebih 16,000 kes cacar monyet telah direkodkan di 75 negara dan wilayah, dengan lima kematian setakat ini.

Kebanyakan pesakit pulih daripada jangkitan wabak itu selepas beberapa minggu tanpa rawatan.

Menurut WHO, cacar monyet lebih menjejaskan kanak-kanak kecil, wanita hamil, dan individu yang mengalami gangguan sistem imun.

Virus cacar monyet tidak mudah berjangkit dan biasanya akan merebak melalui kontak fizikal yang rapat, termasuk hubungan seksual dengan individu yang dijangkiti.

Ia boleh menjangkiti tubuh manusia melalui saluran pernafasan, mata, hidung dan mulut, dan melalui cecair badan.

Cacar monyet adalah penyakit zoonosis (yang merebak antara haiwan dan manusia).

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
23 jam lalu· Dunia
2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
August 5, 2022· Dunia
Jepun lulus vaksin baharu cegah cacar monyet
July 30, 2022· Dunia
Jepun sahkan kes pertama cacar monyet
July 26, 2022· Dunia
Popular
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Wanita Arab Saudi dibenar jadi pemandu teksi, Uber
January 7, 2022
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
August 10, 2022
Lagi Dunia terkini
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
2 jam lalu · Dunia
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
4 jam lalu · Dunia
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
16 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
19 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
23 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok