4 wanita Thailand masuk dalam senarai Forbes 50 over 50: Senarai 2022 Asia

January 14, 2022 · Dunia

Empat wanita Thailand menempa nama dalam Majalah Forbes 50 over 50: Senarai 2022 Asia, menurut laporan Bernama.

Mereka termasuk chef dan pemilik restoran bintang Michelin terkenal Raan Jay Fai, Supinya Junsuta, 77, dan Nualphan Lamsam, 55, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Insurans Muang Thai dan pengurus pasukan bola sepak kebangsaan lelaki.

Turut tersenarai dalam Majalah Forbes ialah pengasas bersama dan pengerusi konglomerat logistik dan perindustrian Kumpulan WHA Jareeporn Jarukornsakul, 54 dan Ruenvadee Suwanmongkol, 57, selaku setiausaha agung Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Supinya yang lebih dikenali sebagai “Jay Fai’ merupakan chef dan pemilik restoran bintang Michelin Raan Jay Fai di Jalan Mahachai di Bangkok.

Pada 2018, Supinya menempa kemasyhuran apabila gerainya menerima pengiktirafan Michelin Star dalam edisi sulung pengembaraan makanan itu di Bangkok.

Beliau dianugerahkan “Anugerah Ikon” 50 Terbaik, yang pertama buat penjaja makanan jalanan.

Sementara itu, Nualphan, pewaris Bank Kasikorn, mengetuai Muang Thai yang menduduki tempat kedua dalam pasaran insurans Thailand dianggarkan bernilai US$8 bilion.

Nualphan telah membentuk reputasi unik sebagai penyokong tegar pasukan bola sepak Thailand.

Jareeporn ialah penyokong lantang rancangan Thailand membangunkan industri di Koridor Ekonomi Timur.

Di bawah kepimpinan beliau, Kumpulan WHA telah bertindak balas secara dinamik terhadap cabaran ekonomi global dan mempelbagaikan infrastruktur penjagaan kesihatan ketika wabak COVID-19 melanda.

Sementara itu, Ruenvadee merupakan setiausaha agung wanita pertama untuk SEC Thailand pada 2017.

Di bawah kepimpinannya beliau telah mengenakan tindakan tegas terhadap orang dalam bagi kesalahan perdagangan dan penipuan dengan memperkemas penyiasatan jenayah.

Beliau telah bersuara mengenai pergolakan dalam mengurus mata wang kripto dan NFT, serta berusaha memudahkan pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana dan mewujudkan infrastruktur digital bagi pasaran perdagangan korporat.

Berita berkaitan
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok