4.39 juta penduduk dunia meninggal akibat Covid-19

Sebanyak 209.3 juta jangkitan Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia sehingga Khamis, sejak pandemik itu mula menular dari wilayah Wuhan, China akhir 2019 lalu, menurut data Universiti John Hopkins.

Data itu juga menunjukkan jumlah kematian akibat virus itu kini mencecah lebih 4.39 juta.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) membabitkan 624,253 pesakit, diikuti Brazil (571,662), dan India (433,049), menurut data itu.

Covid-19 mula dikesan pada Disember 2019 di wilayah Wuhan, China sebelum merebak ke 192 negara.

Sementara itu lebih 4.84 bilion dos vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh negara sehingga semalam, menurut Our Word in Data.

Data itu menunjukkan sehingga semalam China memberi jumlah vaksin tertinggi iaitu melebihi 1.9 bilion suntikan, diikuti India (561.15 juta), dan AS (356.6 juta).

Brazil pula memberikan 168.16 juta dos suntikan diikuti Jepun (114.66 juta), Jerman (98.71 juta), dan United Kingdom (88.4 juta).

Menurut Kementerian Kesihatan Turki, negara itu turut memberi lebih 86.4 juta suntikan vaksin Covid-19, dengan lebih 45.02 juta menerima suntikan dos pertama dan 34.1 juta melengkapkan dos kedua. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR