37,259 kes baharu di Indonesia

Indonesia semalam (3 Mac 2022) merekodkan 37,259 jangkitan baharu Covid-19, turun, berbanding 40,920 kes yang dicatat dalam tempoh 24 jam pada Rabu.

Data Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (Kemkes) menunjukkan negara itu kini merekodkan kumulatif positif sebanyak 5,667,355 kes, tertinggi dalam kalangan 10 negara ASEAN.

Dalam tempoh 24 jam semalam juga seramai 232 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 menjadikan kumulatif sejak awal 2020 berjumlah 149,268 kes.

Pasukan Petugas Khas Covid-19 Indonesia turut memaklumkan semalam sebanyak 387,296 ujian spesimen dilakukan dengan 23,198 individu disyaki dijangkiti Covid-19.

Berdasarkan data yang dikeluarkan seramai 42,154 pesakit telah sembuh semalam, menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 4,986,391, dengan 531,696 kes masih aktif.

Jawa Barat merekodkan jumlah jangkitan baharu tertinggi sebanyak 7,645 kes, diikuti Jakarta (4,669 kes) dan Jawa Timur (4,135 kes).

Pemerintah Indonesia juga sedang mempergiatkan program dan kempen vaksinasi Covid-19, sama ada untuk dua dos utama atau suntikan penggalak.

Secara keseluruhan, 191,110,409 individu menerima dos pertama, dan 146,204,141 orang menerima dos lengkap. Sementara itu, 11,324,273 orang, secara keseluruhan, mendapat suntikan ketiga atau vaksin penggalak. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR