36 negara diberi kelonggaran perjalanan oleh Jepun

May 27, 2022 · Dunia

Jepun pada Khamis melonggarkan amaran perjalanan daripada Tahap 2 kepada Tahap 1 untuk 36 negara dan kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan Hong Kong.

Selain itu, rakyat Jepun juga dibenarkan melakukan perjalanan tidak penting ke negara dan kawasan terbabit, lapor Bernama.

Menurut Kementerian Luar, 36 negara itu turut termasuk Thailand, Vietnam, Singapura dan Malaysia, lapor Agensi Berita Kyodo.

Nasihat perjalanan untuk 15 lagi negara dan kawasan lain pula diturunkan daripada Tahap 3 kepada Tahap 2, antaranya tujuh di Timur Tengah dan Afrika, enam di Eropah dan dua di Amerika Latin.

Sebelum ini, Jepun mengeluarkan nasihat perjalanan susulan pandemik COVID-19.

“Secara keseluruhannya, dunia kini melihat trend penurunan dalam jumlah kes jangkitan baharu dan kematian, dan risiko mengalami simptom teruk serta kematian juga semakin berkurangan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, 109 negara dan wilayah kekal di bawah amaran Tahap 2, termasuk 30 di Asia, seperti China, Korea Selatan dan India, serta 35 negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis dan Itali.

Pada masa sama, 41 negara kekal pada Tahap 3.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok