36 maut dua kereta api bertembung di utara Pakistan

June 7, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya 36 penumpang kereta api terbunuh selepas dua tren bertembung di selatan bandar Dharki di Pakistan hari ini, kata pegawai sambil menjelaskan usaha masih dilakukan untuk mengeluarkan mereka yang terselamat.

Kemalangan itu berlaku awal pagi tadi berdekatan bandar Dharki kira-kira 440 kilometer dari bandar terbesar di utara Pakistan, Karachi, kata pegawai Kementerian Pengangkutan Pakistan.

Ïni adalah situasi yang serius. Tiga puluh dua jenazah sudah dikeluarkan dan lebih 98 penumpang lagi cedera, namun usaha masih dilakukan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, kata seorang pegawai kesihatan, Dr Manzoor Jakhrani.

Pegawai Pengangkutan Kereta Api Pakistan Sukkur Sajjad Wagho berkata nahas itu membabitkan kereta api Millat Express dan Sir Syed Express.

Media tempatan melaporkan jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Menurut seorang penumpang beberapa orang masih terperangkap di dalam gerabak yang hancur.

Insiden itu berlaku di laluan antara Stesen Kereta Api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki.

Nahas berlaku selepas Millat Express yang dalam perjalanan ke timur bandar Sargodha, Karachi bertembung dengan Sir Syed Express menghala ke Karachi dari Rawalpindi.

Rakaman siaran televisyen Pakistan menunjukkan keadaan kedua-dua kereta api yang remuk, manakala usaha dilakukan untuk mengeluarkan mangsa yang masih terperangkap.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang terkejut dengan insiden itu mengarahkan Menteri Pengangkutan Azam Swati untuk meninjau lokasi kejadian.

Tentera Pakistan pula berkata mereka menghantar bantuan helikopter, ambulans dan pakar pengesan untuk mencari dan menyelamat. – Agensi

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok