33,700 pengembara memasuki Malaysia dari Singapura semalam

Sekurang-kurangnya 33,700 pengembara melintasi sempadan Singapura dan Malaysia sejak tengah malam hingga 5 petang 1 April, susulan pembukaan semula pintu masuk kedua-dua negara.

Pihak berkuasa Imigresen Singapura (ICA) berkata sehingga tengah hari semalam, 27,600 individu keluar dari Singapura menerusi Tambak Johor dan Lebuh Raya Linkedua.

Daripada jumlah itu, seramai 9,400 daripada pengembara berkenaan sama ada berjalan kaki melintasi Tambak Johor atau menaiki bas, 9,700 menggunakan kereta dan 8,500 lagi motosikal.

Bagi kemasukan ke Singapura pula, ICA berkata 3,500 tiba dengan berjalan kaki atau menaiki bas, 1,600 (kereta) dan 1,000 (motosikal).

Pengembara ini terdiri daripada mereka yang berjalan kaki di Pusat Pemeriksaan Woodlands, dan kereta serta motosikal dan basikal di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

Perkhidmatan bas ulang-alik antara Woodlands dan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru pada Jumaat, mulanya dirancang untuk mengendalikan hanya satu perkhidmatan bas ulang-alik setiap 15 minit, atau empat perkhidmatan sejam.

Bagaimanapun, susulan terlalu ramai yang memerlukan bas di Pusat Pemeriksaan Woodlands perkhidmatan itu dipertingkatkan sehingga 12 perjalanan setiap jam, terutama pada waktu puncak.

Walaupun pintu sempadan darat Singapura dan Malaysia dibuka sepenuhnya mulai semalam, jumlah pengguna masih jauh berkurangan berbanding kira-kira 415,000 yang melalui kedua-dua laluan setiap hari ketika sebelum pandemik Covid-19. – ST

BERITA BERKAIT
POPULAR