335,000 kes rekod baharu jangkitan harian Covid-19 di Perancis

January 6, 2022 · Dunia

Perancis mencatat rekod baharu kes harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Rabu, 5 Januari 2022, dengan 335,000 jangkitan dikesan, kata Menteri Kesihatan Olivier Veran kepada Parlimen.

Ia adalah kali pertama Perancis mencecah 300,000 kes, memecahkan rekod sebelumnya yang dicatat pada Selasa apabila seramai 271,686 individu disahkan dijangkiti Covid-19.

Pihak berkuasa kesihatan Perancis akan menerbitkan angka yang tepat pada Rabu “tetapi kami mempunyai 335,000 jangkitan di negara kami”, kata Veran.

Beliau memberitahu angka itu ketika perbahasan mengenai rancangan kerajaan untuk menggantikan pas kesihatan Covid-19 semasa – yang mengandungi bukti vaksinasi, ujian negatif atau pemulihan – dengan ‘pas vaksin’ yang hanya diberikan kepada individu yang lengkap divaksinasi.

Veran berkata 66,000 penduduk Perancis telah menerima suntikan Covid-19 pertama mereka pada Rabu, kadar harian yang tidak pernah dicatat sejak awal Oktober 2021.

“Saya tidak percaya pada kebetulan,” kata Veran mengenai jumlah tinggi yang hadir menerima vaksin setelah kempen pro-vaksinasi besar-besaran oleh kerajaan.

Ia juga susulan kenyataan Presiden Emmanuel Macron yang memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak terhadap mereka yang terus menolak suntikan Covid-19.

Jika kadar vaksin pada Rabu dapat dikekalkan “selama 70 atau 75 hari”, Veran berkata, “penduduk Perancis akan dilindungi sepenuhnya daripada jangkitan serius” Covid-19.

Kira-kira lima juta penduduk di Perancis masih belum divaksinasi, dengan 20 peratus daripada mereka dianggap berisiko tinggi dijangkiti Covid-19. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok