3,348 kes baharu, 9 kematian di Singapura semalam

October 17, 2021 · Dunia

Singapura merekodkan sembilan lagi kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam, menjadikan keseluruhannya 224 pesakit meninggal dunia, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) negara itu lewat malam tadi.

MOH berkata mangsa adalah empat lelaki dan lima wanita berusia antara 60 dan 89 tahun. Dua daripadanya lengkap divaksinasi, dua menerima dos pertama dan lima lagi belum divaksin.

Semua kecuali satu kes yang tidak divaksinasi mempunyai komorbiditi, kata MOH tanpa memberikan keterangan lebih lanjut.

MOH berkata daripada jumlah kematian dalam tempoh 28 hari lalu, 26.3 peratus melibatkan individu yang lengkap divaksin dan selebihnya sama ada menerima satu dos atau tidak divaksin.

Semalam adalah hari ke 27 kes kematian dilaporkan di Singapura, kata MOH.

MOH juga memaklumakan sebanyak 3,348 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 2,688 kes di dalam komuniti, 656 melibatkan kawasan tempat tinggal pekerja asing, dan empat kes import.

Kes tempatan turut membabitkan 475 individu berusia 60 tahun ke atas, kata MOH.

Seramai 1,464 pesakit masih dirawat di hospital, dengan 310 memerlukan alat bantuan pernafasan. Jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi meningkat kepada 62 individu berbanding 48 yang direkodkan pada Jumaat.

Sehingga kini, 84 peratus daripada populasi Singapura telah lengkap divaksinasi dan 85 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 554,004 individu telah menerima suntikan penggalak, manakala 100,000 lagi sedang menunggu giliran. – Strait Times

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok