320 penunjuk perasaan antikudeta maut ditembak tentera Myanmar

March 27, 2021 · Dunia

Lebih 320 orang awam, terutama penunjuk perasaan terbunuh selepas tentera menghalang demonstrasi antikudeta yang masih berlangsung di beberapa bandar di Myanmar.

Menurut angkat terbaharu yang dikeluarkan pemerhati hak asasi manusia, kira-kira 2,981 penunjuk perasaan ditangkap, didakwa dan dihukum selepas tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu.

“320 kini disahkan terbunuh dalam penentangan terhadap rampasan kuasa oleh junta tentera,” kata pertubuhan bantuan tahanan politik yang berpangkalan di Thailand, semalam.

Pertubuhan itu dalam satu kenyataan berkata, tunjuk perasaan diadakan pada sebelah malam, tetapi berdepan tindakan keras daripada pihak tentera.

“Orang ramai ditembak mati, cedera dan ditangkap. Ketika rejim yang tidak sah berusaha menghentikan tunjuk perasaan, ramai anggota polis dan tentera dikatakan bertindak kejam terhadap orang ramai,” kata pertubuhan itu.

Tentera Myanmar yang lebih dikenali sebagai Tatmadaw, melancarkan rampasan kuasa pada waktu subuh 1 Februari lalu, dengan menahan pemimpin Liga Nasional dan aktivis masyarakat.

Juntera tentera kemudian mengisytiharkan keadaan darurat sepanjang tahun.

Rampasan kuasa itu mencetuskan demonstrasi di seluruh negara yang bertukar ganas setelah pasukan junta melepaskan tembakan untuk meleraikan penunjuk perasaan.

Daripada 320 yang terbunuh, hampir 20 berusia di bawah 18 tahun. Banyak yang cedera sementara harta benda bernilai jutaan dolar telah rosak,” kata pertubuhan itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022· Dunia
Polis tembak mati tekong warga asing cuba serang anggota PGA
September 22, 2022· Isu semasa
Kerajaan tak guna dana awam latih pelarian Myanmar: Saifuddin
August 15, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok