32 maut, lebih 100 cedera nahas kereta api di Mesir

March 27, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya 32 penumpang maut, manakala lebih 100 lagi cedera setelah gerabak kereta api melanggar sesama sendiri selepas seseorang dipercayai mengaktifkan brek kecemasan, dalam nahas di selatan Mesir, hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan tiga gerabak terbalik manakala ramai penumpang terperangkap di dalamnya. Orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mengeluarkan semua mangsa.

Pihak berkuasa kereta api Mesir berkata, nahas itu berlaku apabila brek kecemasan salah sebuah gerabak di bahagian hadapan diaktifkan oleh individu tidak dikenali, berhampiran bandar Sohaq, kira-kira 500 kilometer di selatan Kaherah.

“Brek itu menyebabkan salah satu gerabak berhenti. Beberapa gerabak di belakang kemudian merempuhnya. Tiga gerabak yang dipenuhi penumpang terbalik dalam kejadian itu.

“Nahas itu berlaku ketika kereta api berkenaan bergerak dalam kelajuan penuh,” kata sumber pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Mesih berkata, jumlah kematian dijangka meningkat, sementara 108 penumpang setakat ini disahkan cedera.

Untuk rekod, kemalangan kereta api di Mesir kerap berlaku berikutan kelemahan penyelenggaraan terhadap sistem landasan.

Dalam kejadian terburuk dalam sejarahnya pada 2002 lalu, kira-kira 373 penumpang terbunuh selepas sebuah kereta api yang sedang bergerak di selatan Kaherah, terbakar. – Agensi

Berita berkaitan
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
August 14, 2022· Dunia
Tayangan filem Dr. Strange diharamkan di Mesir, Arab Saudi
April 29, 2022· Dunia
Tiada rakyat Malaysia terbabit dua insiden di Mesir: Wisma Putra
April 14, 2022· Isu semasa
Wartawan kata Israk Mikraj ‘cerita penuh khayalan’ disiasat
February 21, 2022· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok