2,798 kes baharu Covid-19 di Indonesia hari ini

Indonesia – negara dengan jumlah penduduk lebih 278.5 juta, keempat paling padat di dunia – melaporkan hanya 2,798 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam hingga tengah hari tadi (28 Mac 2022).

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif positif di Indonesia mencecah lebih enam juta kes, kedua tertinggi dalam kalangan 10 negara ASEAN selepas Vietnam yang merekodkan lebih 9.19 juta kes.

Pasukan Petugas Covid-19 Indonesia juga memaklumkan seramai 104 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi virus itu dalam tempoh berkenaan, menjadikan kumulatif kematian meningkat kepada 154,774 kes.

Jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan virus SARS-CoV-2 pula mencecah 5,724,963 berbanding kumulatif positif sebanyak 6,001,751 kes.

Susulan penurunan jangkitan wabak berkenaan, Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia tidak lagi mewajibkan pelajar mendapatkan suntikan vaksin untuk hadir ke sekolah.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pendidikan Suharti berkata berkata pemerintah akan mempercepatkan program vaksinasi Covid-19 dalam sektor pendidikan, termasuk mereka yang bekerja di jabatan akademik. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR