25,000 kes baharu Covid-19 di Shanghai, bekalan makanan semakin kurang

Kes penularan baharu Covid-19 yang direkodkan di bandar kewangan terkemuka, Shanghai adalah sebanyak 25,000 pada Ahad.

Susulan itu, penduduk yang tinggal di bandar paling padat di China itu bimbang bekalan makanan dan bahan asas semakin berkurangan, ditambah pula dengan kebimbangan virus itu mungkin menular ke bandar lain pula selepas ini.

Jalan-jalan di dalam bandar lenggang dan sunyi daripada kesibukan harian orang ramai selepas pelaksanaan sekatan pergerakan dikuatkuasakan terhadap penduduk di bandar kewangan itu.

Hanya pekerja kesihatan, sukarelawan, kakitangan penghantaran atau mereka yang mempunyai kebenaran khas dibenarkan bergerak di bandar itu.

Walaupun jumlah kes Covid-19 di Shanghai rendah berbanding bandar lain di seluruh dunia, tetapi sedang bergelut untuk menyekat penularan Covid-19 sejak ia kali pertama dikesan di Wuhan pada 2019 lalu.

Daripada kes tempatan yang dilaporkan dikesan di Shanghai pada Ahad, 1,006 kes adalah bergejala manakala 23,937 dikelaskan sebagai asimtomatik.

Shanghai juga dijadikan ujian pihak berkuasa China yang sedang melancar strategi menguji, mengesan dan mengkuarantin secara berpusat semua individu yang didapati positif Covid-19.

Sekatan jalan mengakibatkan bekalan makanan dan keperluan lain terjejas penghantaran. Banyak pasar raya telah ditutup dan beribu-ribu kurier tidak dapat masuk ke bandar. Akses kepada rawatan perubatan juga menjadi kebimbangan.

BERITA BERKAIT
POPULAR