
Anggota Pengawal Kebangsaan Amerika Syarikat mencari mangsa yang masih hilang akibat banjir di Kentucky, manakala gambar kecil ialah empat beradik yang berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan arus.
Kejadian banjir terburuk dalam sejarah Kentucky di Amerika Syarikat (AS) memasuki fasa penting pada pagi Sabtu (30 Julai), dengan jumlah kematian yang disahkan setakat ini seramai 25 orang dan pencarian mangsa diteruskan di bahagian tengah Appalachia yang terjejas.
Keadaan sejuk dijangka membawa cuaca lebih cerah ke kawasan yang dilanda banjir pada Sabtu, memberikan peluang kepada pasukan penyelamat untuk membawa keluar lebih ramai penduduk yang terperangkap di atas bumbung rumah mereka.
Memetik New York Times, hampir 300 orang telah diselamatkan di Kentucky setakat ini, kira-kira 100 daripada mereka dibawa menggunakan pesawat, kata Gabenor Andy Beshear.
Tetapi pegawai negeri menjangkakan angka kematian akan terus meningkat, mungkin selama beberapa minggu, kerana usaha menyelamat diteruskan merentasi bukit dan lembah yang masih sukar dimasuki, dengan hujan diramal berlaku pada Ahad.
“Masih ramai orang di luar sana – masih ramai orang yang tidak dapat dihubungi,” kata Beshear, ketika Presiden Joe Biden meluluskan perisytiharan bencana negeri itu.
“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mencari mereka semua.”
Banyak cabaran yang dihadapi dengan salah satunya ialah sesetengah komuniti Kentucky sama ada tanpa bekalan elektrik atau terputus perkhidmatan telefon bimbit.
Menurut poweroutage.us, sebuah laman web yang menjejaki gangguan bekalan elektrik, lebih 17,000 isi rumah di seluruh negeri terputus bekalan elektrik setakat jam 4 pagi Sabtu.
Panas beberapa sungai di Kentucky juga masih naik, walaupun amaran banjir di timur Kentucky dengan lebih daripada 46,000 penduduk tamat pada jam 10 malam.
Hujan lebat mula melanda Kentucky lewat Rabu, menenggelamkan ratusan rumah.
Menjelang Khamis, anggota penyelamat dari agensi negeri dan Pengawal Kebangsaan melancarkan mencari mangsa yang terselamat dengan bot dan helikopter.
Tetapi menjelang malam Jumaat, jumlah kematian yang disahkan telah meningkat kepada 25, dan ramai lagi masih hilang.
Antara yang maut setakat ini ialah empat kanak-kanak daripada satu keluarga yang berpaut pada pokok, setelah rumah bergerak mereka dinaiki air.