2,304 kes baharu Covid di Singapura

Jangkitan Covid-19 di Singapura dalam tempoh 24 jam semalam turun kepada 2,304 kes, berbanding 3,099 kes pada Jumaat, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura.

Kadar jangkitan mingguan juga turun daripada 1.04 pada Jumaat kepada 0.98 semalam, kata MOH.

Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes komuniti pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang melebihi satu menunjukkan bahawa jumlah kes mingguan baharu Covid-19 masih meningkat.

MOH juga memaklumkan dalam tempoh sama 14 pesakit berusia 61 hingga 94 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

Kematian terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun lalu hingga semalam sebanyak 576 kes.

Jangkitan terbaharu itu meliputi 2,179 kes penularan dalam komuniti, 120 di penempatan pekerja asing dan lima kes import.

Sebanyak 388 daripada individu dijangkiti Covid-19 dalam komuniti berumur 60 tahun ke atas.

Jumlah keseluruhan kes positif di Singapura kini meningkat kepada 235,480 kes, lapor MOH. – ST

BERITA BERKAIT
POPULAR