23 kanak-kanak tadika antara 31 maut ditikam, tembak di Thailand

October 6, 2022 · Dunia

Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan besar-besaran di pusat jagaan kanak-kanak di wilayah timur laut Thailand, kata jurucakap polis, hari ini (6 Oktober 2022).

Mangsa termasuk kanak-kanak dan orang dewasa, kata polis dalam satu kenyataan, sambil menambah lelaki bersenjata itu adalah bekas pegawai polis dan gerakan memburunya sedang dijalankan.

Memetik laporan Bangkok Post, lelaki itu, yang dikenali sebagai bekas Koperal Panya Khamrab, dilaporkan bersenjatakan pistol dan pisau.

Dia dilaporkan menembak dan menikam kanak-kanak serta orang dewasa dan kini dalam pelarian, kata polis. Motif serangan tidak dikenal pasti.

Seorang pegawai kanan polis di wilayah Nong Bua Lamphu berkata 23 kanak-kanak adalah antara yang terkorban, lapor agensi berita AFP.

Perdana Menteri telah memaklumkan semua agensi untuk mengambil tindakan dan menangkap pelakunya, kata jurucakap kerajaan.

Kadar pemilikan senjata api di Thailand adalah tinggi berbanding beberapa negara lain di rantau ini tetapi angka rasmi tidak termasuk sejumlah besar senjata haram, kebanyakannya telah dibawa masuk merentasi sempadan selama bertahun-tahun.

Tembakan beramai-ramai jarang berlaku tetapi pada 2020, seorang askar yang marah atas perjanjian hartanah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 29 orang dan mencederakan 57 dalam amuk yang menjangkau empat lokasi. – Agensi

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok