22 polis, askar India maut diserang pemisah Maoist

India mengesahkan 22 anggota polis dan tenteranya terbunuh, manakala 30 lagi cedera dalam serang hendap kumpulan pemisah Maoist di Chhattisgarh, tengah negara itu, semalam.

Insiden itu adalah yang terburuk dalam tempoh empat tahun, kata pegawai tentera.

Katanya, pasukan keselamatan dari Pasukan Elit Polis (CoBRA), pengawal wilayah dan pasukan khas diserang di negeri Chhattisgarh ketika operasi menentang pemberontak.

“Kami boleh mengesahkan 22 anggota pasukan keselamatan dibunuh oleh pemberontak Maoist.

“Kami menganggarkan kira-kira 400 anggota pemberontak Maoist melakukan serang hendap itu,” kata pegawai kanan kerajaan negeri Chhattisgarh.

Mereka terbunuh dalam pertempuran yang berlangsung selama empat jam.

Jumlah kematian itu adalah yang paling buruk membabitkan pasukan keselamatan India sejak 2017. – Agensi

22 anggota pasukan keselamatan India maut diserang pemberontak Maoist, semalam. – Gambar Reuters

BERITA BERKAIT
POPULAR