21 pelarian lemas bot karam di Tunisia

April 16, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya 21 pelarian mati lemas selepas bot dinaiki karam di perairan Tunisia ketika mereka cuba menyeberangi Laut Mediterranean menuju Pulau Lampedusa di Itali, hari ini.

“Bot itu karam dalam perjalanan yang bermula lewat Khamis dari Sfax.., setakat ini pengawal pantai menemukan 21 mayat dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan,” kata Pengarah Perkhidmatan Perlindungan Awam Tunisia, Mouard Mechri.

Pelabuhan di Tunisia menjadi titik utama pelarian yang melarikan diri daripada konflik di Afrika dan Timur Tengah untuk mencari kehidupan lebih baik di Eropah.

Bulan lalu, 39 pelarian mati lemas di perairan Sfax, sementara pada Jun tahun lalu sekurang-kurangnya 60 lemas apabila bot mereka karam.

Sindiket pemerdagangan manusia dikatakan menggunakan kapal dan bot yang kebanyakannya perahu nelayan untuk membawa ratusan pelarian yang mencari suaka di Eropah.

Sejak 2014 lalu, lebih 20,000 pelarian mati lemas ketika cuba menyeberangi lautan untuk tiba di Eropah dari Afrika. – Agensi

Berita berkaitan
Bot Perikanan hanyut ditemui tentera Indonesia, 4 staf selamat
March 1, 2023· Isu semasa
Kad MyRC ganti kad dikeluarkan UNCHR bagi pelarian, umum KDN
September 7, 2022· Isu semasa
Kerajaan tak guna dana awam latih pelarian Myanmar: Saifuddin
August 15, 2022· Isu semasa
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok