2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali

August 5, 2022 · Dunia

Bacaan suhu untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini direkodkan sebagai tahun paling panas dan kering dalam sejarah Itali, menurut data dikeluarkan Institut Sains dan Perubahan Iklim Majlis Penyelidikan Kebangsaan (ISAC- CNR) pada Jumaat.

Suhu pada Januari hingga Julai adalah sekitar 0.98 darjah Celcius melebihi purata untuk tempoh sejak 1800, lapor Agensi Berita Itali (ANSA), lapor Bernama.

Sementara itu, suhu pada Julai telah melebihi purata 2.26 darjah Celcius.

“Jika 2022 berakhir sekarang, ia akan menjadi tahun paling panas pernah direkodkan.

“Julai 2022 mencatatkan suhu kedua tertinggi sejak bacaan mula direkodkan, kedua tertinggi selepas 2003, seperti yang berlaku pada Mei dan Jun,” kata pegawai ISAC-CNR Michele Brunetti kepada ANSA.

Tahun paling panas di Itali ialah 2018, apabila suhu mencecah 1.58 darjah Celcius melebihi purata.

Itali kini berdepan musim kemarau terburuk dalam beberapa dekad dan mengalami siri gelombang haba yang panjang.

Para saintis mendakwa kemarau dan gelombang haba menjadi lebih kerap kerana perubahan iklim yang disebabkan aktiviti manusia.

Berita berkaitan
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
400 lebih kes cacar monyet dikesan di Itali
July 24, 2022· Dunia
PM Itali letak jawatan, beri laluan pilihan raya awal
July 22, 2022· Dunia
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
July 21, 2022· Isu semasa
Popular
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
14 jam lalu · Dunia
Banyak penempatan di Jakarta diisytihar zon merah Covid-19
16 jam lalu · Dunia
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022 · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022 · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok