1MDB: Kes bekas pegawai kanan Goldman ditetapkan Februari

January 8, 2022 · Dunia

Sebuah Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) semalam memutuskan perbicaraan seorang kakitangan Goldman Sachs yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), akan bermula awal Februari ini.

Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Brooklyn, Margo Brodie

Ketua Hakim Margo Brodie dari mahkamah persekutuan di Brooklyn menangguhkan pemilihan juri untuk kes membabitkan tertuduh, Roger Ng selama tiga minggu hingga 7 Februari, dengan perbicaraan bermula minggu berikutnya. Pemilihan juri telah ditetapkan pada 18 Januari.

Ng, bekas ketua perbankan pelaburan untuk Goldman Sachs Malaysia, mengaku tidak bersalah bersubahat melanggar undang-undang antirasuah dan pengubahan wang haram.

Bekas majikannya bersetuju pada Oktober 2020 untuk membayar AS$2.9 bilion (RM12.2 bilion) dan meminta unit Malaysia mengaku salah melaku jenayah bagi menyelesaikan siasatan oleh Jabatan Kehakiman AS dan pihak lain terhadap dakwaan rompakan berbilion dolar daripada 1MDB.

Pendakwa raya berusaha menangguhkan perbicaraan Ng sehingga akhir Februari dengan menjadikan varian Omicron Covid-19 sebagai alasan yang akan halangan perjalanan saksi kerajaan dari Hong Kong, Singapura dan United Kingdom, lapor Reuters

Tetapi hakim berkata perbicaraan sedang berlaku di Brooklyn, dan penangguhan yang singkat sepatutnya berdasarkan jangkaan ahli epidemiologi mahkamah.

“Adalah lebih mudah bagi kita untuk mendapatkan kumpulan juri yang baik kerana, menurut ahli epidemiologi, virus itu akan memuncak pada Januari, maka saya fikir kita akan berada di penghujungnya,” kata Brodie.

Peguam Ng, Marc Agnifilo bagaimanapun menentang penangguhan perbicaraan, mengatakan tertuduh telah bersedia untuk meneruskannya setelah menghabiskan lebih tiga tahun berjauhan dengan keluarganya sejak penahanannya di Malaysia pada November 2018. Ng telah diekstradisi enam bulan kemudian.

Peranan rasmi Goldman Sachs dengan syarikat 1MDB adalah melalui ‘Underwriting Bond’ sebanyak kira-kira RM26 billion (AS$6.5 bilion).

Goldman Sachs dilaporkan telah dibayar komisen sebanyak RM2.4 billion (AS$600 juta) atau 10 peratus daripada jumlah bon yang diuruskan mereka.

1MDB – kekayaan berdaulat Malaysia – dilancarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mempromosi ekonomi, namun berakhir dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia.

Najib, kini berdepan 25 pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Pada 28 Julai 2020, bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

8 Disember lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak permohonan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara terhadapnya.

Ketika mengumumkan keputusan itu, panel hakim turut memetik kata-kata Hakim Mahkamah Persekutuan, Almarhum Sultan Azlan Shah melalui penghakimannya dalam kes rayuan pendakwa raya lawan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

“Petikan itu berbunyi: ‘Saya ulangi apa yang saya katakan sebelum ini… undang-undang tidak pilih kasih’.

“Adalah mustahil untuk mengabaikan hakikat bahawa di mata berjuta rakyat negara ini, anda adalah seorang patriot dan pemimpin.

“Anda mempunyai setiap peluang untuk mencapai tahap pencapaian tertinggi, namun anda membenarkan ketamakan merosakkan anda.

“Tidak dapat difahami bagaimana seorang dalam kedudukan kamu tidak dapat menggunakan hati nurani, menerima rasuah.

“Dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja mengkhianati kepentingan parti anda, yang mana anda pertahankan, tetapi juga sumpah jawatan yang anda ambil dan laksanakan di hadapan Raja Berdaulat, dan yang paling utama adalah undang-undang di mana anda adalah hambanya,” kata panel hakim.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok