16 maut pesawat terhempas di tengah Russia

October 10, 2021 · Dunia

Enam belas penumpang, termasuk ahli payung terjun bebas, terbunuh setelah pesawat dinaiki terhempas di tengah Russia hari ini.

Pesawat L-410 Turbolet dinaiki 22 individu terhempas kira-kira jam 9.23 pagi waktu tempatan di wilayah Tatarstan, dengan 16 terbunuh dan enam selamat.

Pesawat itu dilaporkan menghadapi masalah enjin sebelum melakukan pendaratan kecemasan di kawasan dipenuhi longgokan kayu balak.

Gambar yang disiarkan oleh kementerian menunjukkan pesawat itu pecah dua dengan muncungnya lekuk teruk.

Enam yang terselamat dimasukkan ke hospital, lapor agensi berita Interfax.

Pesawat milik Persatuan Sukarela untuk Bantuan Tentera Darat, Penerbangan dan Tentera Laut Russia, sering digunakan untuk penerbangan jarak dekat.

Awal tahun ini, dua pesawat L-410 juga terbabit dalam nahas maut di Russia. – Agensi

Berita berkaitan
Konflik Ukraine mengakibatkan 10 juta orang berpindah
March 20, 2022· Dunia
Warga Singapura di Ukraine diarah keluar secepat mungkin
February 14, 2022· Dunia
Empat pesawat tentera Russia dipintas tentera Britain
February 3, 2022· Dunia
Amerika bakal hantar tentera bantu NATO sekat serangan Russia
January 25, 2022· Dunia
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
11 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
14 jam lalu · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
18 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
18 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
18 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok