16.5 juta rakyat Indonesia sudah terima vaksin penuh

Indonesia mempercepatkan program imunisasi susulan penularan Covid-19 yang semakin meluas di negara itu. - Gambar Reuters

Pasukan Petugas Respons Covid-19 Indonesia memaklumkan sehingga kini seramai 16,451,288 rakyat Indonesia telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 masing-masing, meningkat 50,937 berbanding semalam.

Bagaimanapun, jumlah mereka yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jauh masih rendah berbanding popopulasi lebih 270 juta penduduk.

Sehingga hari ini, jumlah mereka yang menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 hanya mencapai 42,344,675 orang, meningkat sebanyak 249,144 orang daripada hari sebelumnya.

Indonesia memulakan program vaksinasi nasionalnya pada 13 Januari lalu dan Presiden Joko Widodo menjadi orang pertama di Republik itu yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kerajaan Indonesia telah mempertingkatkan usaha untuk mempercepatkan suntikan vaksin kepada rakyatnya bagi meningkatkan kekebalan kawanan terhadap virus, sekali gus dapat menghentikan penyebaran wabak ini.

Melalui program vaksinasi nasional, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk melengkapkan dua dos suntikan kepada hampir 40,349,049 juta rakyatnya pada fasa pertama dan kedua.

Kerajaan Indonesia sebelum ini menyasar memberi vaksin kepada hampir 181.5 juta orang atau 70 peratus penduduknya.

Hari ini, Indonesia telah mencatatkan penambahan jangkitan baharu Covid-19 iaitu sebanyak 38,325 kes, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 2,959,058 kes. – Agensi

POPULAR