150,000 hadir solidariti pro-Palestin terbesar di London sejak 2014

May 16, 2021 · Dunia

Dianggarkan 150,000 penduduk Britain dan Ireland hari ini berarak di jalan raya utama menuju ke kedutaan Israel di London bagi menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap penduduk Palestin yang diserang oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, sejak Isnin lalu.

Mereka berkumpul di hadapan kedutaan rejim Israel di Kensington, sambil mengibarkan bendera Palestin serta melaungkan ”bebaskan Palestin”.

Demonstrasi di London itu dianjurkan kumpulan Kempen Solidariti Palestin; Friends of Al-Aqsa, Forum Palestin di Britain, Gabungan Hentikan Perang, Kempen untuk Perlucutan Nuklear dan Persatuan Muslim Britain.

Jurucakap penganjur meminta kerajaan Britain untuk mengambil tindakan segera. Mereka mengatakan Britain telah lama terbabit memberi sokongan ketenteraan, diplomatik dan kewangan kepada Israel.

Duta Palestin ke United Kingdom (UK), Husam Zumlot berkata apa yang berlaku terhadap rakyat Palestin sekarang ini adalah berbeza.

“Kali ini berbeza. Kali ini kami tidak akan ditolak lagi. Kami bersatu. Kami sudah cukup melalui banyak penindasan.

“Hari ini kita mengatakan cukup dengan kesungguhan. Terima kasih kerana berdiri bersama kami,” katanya berucap di atas pentas yang didirikan khas di Kensington High Street.

Antara yang hadir dan turut memberi ucapan ialah bekas ketua parti Buruh, Jeremy Carbyn; Ahli Parlimen parti Buruh, Zarah Sultana dan penyanyi rap, Lowkey.

Orang ramai melemparkan bunga ros ketika Corbyn mengambil tempat di atas pentas untuk memberi ucapan.

“Fikirkan bagaimana menjadi ibu atau ayah dan melihat bangunan yang dibom di hadapan anda, sedangkan anda mengetahui keluarga anda ada di sana, dan anda tidak dapat berbuat apa-apa

“Suara global kita inilah yang akan memberikan pertolongan, keselesaan dan sokongan di semua kawasan penempatan di Semenanjung Gaza, di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang sedang menderita ketika ini,” kata Corbyn dalam ucapannya.

Beliau menggesa rejim Israel menghentikan penjajahan di tanah Palestin serta berundur, selain menamatkan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza.

“Kita mesti ingat bahawa kita adalah sebahagian daripada gerakan antarabangsa. Ini adalah gerakan keadilan di seluruh dunia.

“Tanah rakyat Palestin dirampas… dan kini mereka dibunuh di rumah mereka. Semua ini tidak sah,” katanya.

Pada perhimpunan itu, nama dan umur kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel dibacakan satu persatu dan kemudian peserta bertafakur selama seminit.

Keadaan menjadi riuh apabila penganjur mengumumkan kehadiran pada perhimpunan berkenaan adalah demonstrasi pro-Palestin terbesar sejak 2014 iaitu hampir 150,000 orang. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok