15 warga Malaysia terlibat kemalangan di Arab Saudi

June 10, 2022 · Dunia

Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 warganegara Malaysia yang terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata mereka merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah, lapor Bernama.

Susulan insiden itu, mereka yang terlibat dibawa ke Hospital An Nur dan King Faisal Hospital di Mekah bagi mendapatkan rawatan.

“Dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius patah tulang di bahagian bahu dan tengkuk, manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan,” katanya.

Menurut Wisma Putra, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berhubung kemalangan itu.

Tambahnya, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden itu dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Kementerian Luar mendoakan agar kesemua mangsa kembali pulih dengan segera,” katanya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Suri rumah mengaku zina kena 100 sebatan, pasangan hanya 15 kali
January 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
11 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok