13 pemain, pegawai kelab bolasepak Portugal dijangkiti Omicron

November 29, 2021 · Dunia

Tiga belas pemain dan staf sebuah kelab bolasepak dalan Liga Premier Lisbon disahkan dijangkiti varian Omicron Covid-19, kata Ketua Perkhidmatan Kesihatan Portugal, Graca Freitas, hari ini.

Ahli kelab bolasepak Belenenses SAD telah pun dikuarantin sejak beberapa hari lalu setelah dikesan positif Covid-19. Pemain pertahanan, Thibang ‘Cafu’ Phete baru-baru ini pulang dari lawatan di Afrika Selatan.

Jangkitan melibatkan pasukan itu ‘berkembang dengan baik’ dan majoriti mereka yang dijangkiti, jika tidak semua individu, telah lengkap divaksinasi, kata Freitas.

Bercakap kepada stesen radio tempatan TSF, beliau berkata memandangkan ia adalah varian baharu, pihak berkuasa akan memberi tumpuan kepada pengesanan kontak yang agresif, pengasingan dan ujian.

Pemain kelab Benfica, yang beraksi menentang Belenenses SAD pada Sabtu, juga akan diuji, kata Freitas.

Pertembungan kedua-dua pasukan itu pada awalnya mendapat tentangan banyak pihak kerana Belenenses SAD hanya mempunyai sembilan pemain, namun aksi diteruskan.

Bagaimanapun, aksi itu dibatalkan selepas separuh masa ketika Benfiza mendahului 7-0, apabila tiga pemain Belenenses SAD cedera.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Portugal juga sedang membuat penjujukan virus daripada dua penumpang yang diuji positif Covid-19 selepas tiba dari Maputo, Mozambique.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengeluarkan amaran kepada seluruh dunia bahawa varian baharu Omicron, menimbulkan risiko penularan dan jangkitan sangat tinggi sekiranya pandemik Covid-19 melonjak sekali lagi.

“Jika satu lagi lonjakan besar Covid-19 berlaku yang didorong oleh Omicron, akibatnya mungkin teruk,” kata WHO dalam nota teknikal memberitahu ahlinya sebelum sesi khas persidangan bagi menangani keperluan untuk perjanjian pandemik antarabangsa. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok