13 maut letusan Gunung Semeru di Jawa Timur

December 5, 2021 · Dunia

Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang, Jawa Timur meletus pada jam 3.20 petang waktu Indonesia Barat, semalam setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 13 penduduk, lapor Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

BNPB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan letusan itu turut mencederakan 98 yang lain, termasuk dua wanita hamil, selepas ia menyelubungi beberapa perkampungan dengan debu tebal menyebabkan orang ramai panik dan melarikan diri ketika ‘awan debu’ berkepul-kepul naik ke udara.

Sekurang-kurangnya 300 keluarga telah dipindahkan berikutan letusan itu, menurut Indah Amperawati, Timbalan Ketua Daerah Lumajang, kawasan berhampiran gunung berapi itu.

BNPB berkata, operasi mencari dan menyelamat masih berjalan tetapi tidak menyatakan secara spesifik jumlah mereka yang dilaporkan hilang.

Letusan mengejut gunung berapi setinggi 3,676 meter itu – tertinggi di Pulau Jawa – disertai ribut petir dan hujan, yang mendorong lahar dan serpihan membara dan membentuk lumpur tebal yang memusnahkan sekurang-kurangnya satu jambatan yang menghubungkan dua kampung utama Pronojiwo dan Candipuro, serta menghalang pemindahan

Pihak berkuasa telah menukar sekolah, masjid, dewan kampung menjadi pusat pemindahan sementara, kata kenyataan BNPB.

Menurut Indah, kebanyakan mangsa yang melecur telah dipindahkan ke Pusat Kesihatan Utama Penanggal bersama seorang penduduk yang meninggal dunia di kampung Curah Kobokan.

Perkhidmatan kecemasan dilaporkan tidak dapat sampai ke beberapa kampung lain kerana jalan terhalang oleh lumpur dan pokok tumbang, kata Indah pada sidang media, hari ini.

Sementara itu, pihak tentera telah diminta memberi bantuan dalam usaha menyelamat penduduk yang masih tidak dapat keluar ke tempat selamat, kata Ketua BNPB, Mejar Jeneral TNI Suharyanto.

Agensi Pemerhatian Gunung Berapi Semeru pula memaklumkan letusan abu dan sulfur mula dilaporkan pada jam 3 petang semalam waktu tempatan.

“Debu panas yang membentuk awan jatuh ke atas perkampungan Sapitarang di Daerah Pronojiwo di Jawa Timur,” lapor agensi itu. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok